Hujjah menerima dari orang yg telah wafat

Sempena peristiwa isra` dan mi'raj Junjungan s.a.w. aku ingin memperingatkan diriku dan diri ikhwah yang dikasihi mengenai pesanan Nabi Ibrahim al-Khalil a.s. kepada Junjungan s.a.w. yang aku rasa sudah masyhur diketahui, tetapi tidaklah menjadi kesalahan untuk saling ingat-mengingati kerana ianya bermanfaat bagi orang beriman. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
-
Pada malam aku diisra`kan Allah s.w.t. aku berjumpa dengan Nabi Ibrahim. Baginda berkata kepadaku:- "Ya Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu dan khabarkan kepada mereka bahawa sesungguhnya syurga itu amat subur dan airnya pun tawar, tanamannya adalah subhanaAllah wal hamdulillah wa la ilaha illaAllah wa Allahu Akbar."
Pehin Mufti Brunei telah menjadikan kisah ini antara dalil bagi mengharuskan ijazah amalan atau zikir daripada orang mati kepada orang hidup. Ini dinyatakan dalam kertaskerja beliau yang diterbitkan oleh Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam dengan jodol "Tasawuf dan Tarikat Menurut Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah", pada mukasurat 101 - 102 Almarhum Pehin menyatakan antara lain:-
-
Kalau kiranya ada dikatakan zikir-zikir Muhammadiyah itu dapat ijazah daripada Rasulullah dalam Kaabah, jangan lekas mengingkari, (se)bagaimana disiarkan oleh media massa, iaitu tersebut dalam hadis-hadis Israk bahawa Nabi Ibrahim a.s. telah berpesan kepada Nabi kita s.a.w. supaya sampaikan salam baginda kepada umat Sayidina Muhammad, dan berpesan supaya umat Sayidina Muhammad beramal dengan zikir yang disebutkan oleh baginda.
-
Daripada sahabat Ibnu Mas`ud r.a. telah berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: Saya berjumpa Nabi Ibrahim a.s. malam Israk saya itu, maka Nabi Ibrahim bersabda: "Ya Muhammad sampaikan salam saya kepada umat kamu," ('alaikas salam ayyuhan Nabiyu Ibrahim), dan kamu khabarkan kepada mereka bahawa syurga itu bagus tanahnya, nyaman airnya dan rata luas tanahnya dan tanamannya : subhanaAllah wal hamdulillah wa la ilaha illaAllah wa Allahu Akbar. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzi dan katanya hadis ini hasan.
-
Pada hadis ini bahawa Nabi kita mendapat ijazah daripada Sayyidina Ibrahim a.s. yang wafat dalam barzakh dan Nabi kita yang hidup dalam Israk. Jadi kalau ada orang mendapat ijazah daripada Nabi kita dalam Kaabah setelah wafat Nabi kita, tiada boleh diingkarkan (se)bagaimana seorang pemuda dapat ijazah berselawat daripada Nabi kita di dalam Kaabah, (se)bagaimana disebut oleh al-Imam Sufian ath-Thawri yang dibukukan oleh al-Hafiz Abu Nu`im dalam al-Hilyah dan disebutkan oleh al-Muhaddits al-Ghumari dalam kitabnya "an-Nafhatul Ilahiyyah fis sholati 'ala Khairil Bariyyah".......
Ijazah sebegini di sisi sebahagian sufi dinamakan sebagai ijazah barzakhiyyah, juga disebut ijazah uwaisiyyah dan sebagainya. Nak tahu lebih lanjut, kome tanyalah kat para ulama kita yang masih ada kat luar tu, tetapi ingat intan berharga itu tak mudah untuk diperolehi, kome kena rajin cari dengan tulus hati. Bagi sesiapa yang ragu-ragu, eloklah tinggalkan dengan aman tok sah nak buat kecoh. Perkara ini telah pun dibincangkan oleh para ulama yang amilin. Tak malu kat aku tak pa, tapi bagi muka sikitlah kat para ulama tersebut
Hujjah pro Ibn Arabi

Ada saudara yang mengatakan bahawa mantan Mufti Johor, Datuk Sayyid 'Alwi bin Thohir al-Haddad telah memfatwakan bahawa Syaikh Ibnu Arabi sebagai sesat. Aku belum dapat pastikan sejauh mana kebenaran hal ini, kerana aku belum lagi berjumpa dengan fatwa Samahah Mufti yang memfatwakan Ibnu Arabi sebagai sesat. Yang aku temui setakat ini adalah fatwa beliau terhadap fahaman wahdatul wujud yang ditafsirkan kepada hulul dan ittihad yang menyalahi 'aqidah itu sebagai sesat.
Berhubung dengan pribadi Syaikhul Imam Ibnu 'Arabi, setakat yang aku lihat, nampaknya Samahah Mufti ini mempunyai pendirian seperti para leluhurnya Saadah Bani Alawi. Dalam karangan beliau yang berjodol "`Uquudul - Almaas" antara kesimpulan yang diberi mengenai Syaikh Ibnu 'Arabi ialah beliau seorang wali tetapi kitab-kitabnya ditegah kita daripada membacanya. Beliau juga menukil celaan dan kritikan Imam Ibnu Hajar terhadap orang tasawwuf yang jahil yang hanya menyibukkan diri mereka dengan kitab-kitab Ibnu 'Arabi dan ilmu-ilmu kasyaf dengan meninggalkan ilmu-ilmu lain. Samahah Mufti juga membawa kisah Syaikh Abu Bakar al-'Aydrus di mana Syaikh Abu Bakar al-'Aydrus menceritakan:-
-
"Ayahku tidak pernah memukul dan membentakku kecuali sekali, tatkala dia melihat pada tanganku ada satu juzuk dari "Futuhaatul Makkiyyah" karya Ibnu 'Arabi. Maka marahlah ayahku dengan bersangatan marah, dan mulai saat itu dicegahnya aku daripada mentelaah karangan Ibnu Arabi. Dan dia telah menegah daripada mentelaah dua buah kitab karangan Ibnu 'Arabi, iaitu kitab "al-Futuhaat" dan kitab "al-Fushush" tetapi beliau menyuruh agar berbaik sangka dengan Ibnu 'Arabi serta mengi'tiqadkan bahawasanya beliau adalah daripada sebesar-besar wali dan ulama billah, al-'aarifin billah ta`ala. Dan beliau berkata:- "Bahawasanya kitab-kitabnya (yakni kitab Syaikh Ibnu 'Arabi) dipenuhi dengan hakikat-hakikat yang tidak diketahui melainkan oleh mereka-mereka yang khawas (arbab an-nihaayaat) dan berbahaya bagi mereka-mereka yang baru bermula (ahlu al-bidaayaat)."
Samahah Mufti juga menukilkan kalam ulama-ulama lain seperti Imam as-Sayuthi yang membela Ibnu Arabi tetapi menegah daripada mentelaah akan kitab-kitabnya tersebut. Kitab-kitab Ibnu Arabi penuh dengan ibarat-ibarat yang sukar difahami, dan dikhuatiri juga berlaku penyelewengan di mana golongan sesat telah melakukan penyisipan ke dalam karangan-karangan tersebut, dengan memasukkan perkara-perkara yang tidak pernah dinyatakan oleh Imam Ibnu 'Arabi atau memalsukan pernyataan-pernyataan beliau. Syaikh Ibnu 'Athoilah as-Sakandari telah menjelaskan hal ini sewaktu berdialog dengan Ibnu Taimiyyah, dialog tersebut insya-Allah, akan kupostkan di lain masa, bawak-bawaklah bersabar. Perkara sebegini tidaklah mustahil berlaku, bahkan sehingga kini pun terdapat geng-geng anak Pak Wahab juga turut aktif dalam pemalsuan kitab-kitab turats karangan ulama kita.
Oleh itu, berikanlah kehormatan sewajarnya bagi Imam Ibnu 'Arabi. Paling tidak kome anggaplah kedudukan masalah (baca betul-betul; kedudukan masalah ini, bukan kedudukan dan taraf individu tersebut) sama macam Ibnu Taimiyyah, i.e. ada ulama yang terima dan sanjung, dan ada juga yang tolak dan cela. Oleh itu, paling tidak kome tawaqquf le, jangan suka menyampuk cakapan orang tua, karang tulah susah.
Hujjah Yasin malam jumaat
Antara amalan yang sudah cukup sebati dalam masyarakat kita ialah membaca Yaasiin dan tahlilan yang dilakukan beramai-ramai setiap malam Jumaat di surau dan masjid. Dahulu kerap juga diadakan pembacaan mawlid pada malam tersebut, kat tempat aku lumrahnya dibaca Barzanji dan amalan ini dikenali sebagai "berjikir" i.e. kat tempat aku jika dikatakan " urang berjikir" maka yang dimaksudkan ialah "orang membaca mawlid Barzanji dan qasidah-qasidahnya. Tapi sekarang, amat langka aku lihat surau-surau dan masjid-masjid kat tempat aku yang masih berjikir malam Jumaat, melainkan dalam bulan Mawlid di mana majlis berjikir meriah. Nampaknya masyarakat aku kini lebih suka nonton tv dari melantunkan pujian kepada Allah dan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu...Allah.
Nasib baiklah, upacara membaca Yaasiin dan tahlilan masih menjadi program utama antara Maghrib - Isya` malam Jumaat kat tempat aku. Tetapi sedihnya kini timbul pula orang yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan serta mengeluarkan fatwa membid`ah-dholalah sesiapa yang melakukannya. Tuan-tuan bayangkanlah dahsyatnya fatwa tersebut, siapa baca Yaasiin malam Jumaat bid`ah dan setiap bid`ah itu sesat dan setiap kesesatan masuk neraka. Jadi langsung tak langsung, rumusannya sesiapa baca Yaasiin malam Jumaat masuk neraka. Hebat sungguh ilmu mufti ini.
Sudahlah kita ni jenis malas baca Quran, bila nak baca Yaasiin malam Jumaat dah dibid`ahkan. Aduh poning kepalo ese, bisa palak aku, kata orang kampung aku. Daie mende yang menjauhkan orang dari membaca al-Quran? Adakah membaca Yaasiin malam Jumaat itu maksiat ? Adakah majlis membaca Yaasiin tersebut satu kemungkaran ? Takkan nak samakan hukum majlis baca Yaasiin malam Jumaat dengan karnival JomHeboh tempat Tok Shahidan isytihar Perlis Darul Sunnah? Kita biarkan Tok Shahidan terojun dengan labu-labunya, Tok Shahidan daripada hang dok pikiaq nak bid`ahkan orang, elok hang pikiaq mana nak cari duit bayaq hutang Majlis Perbandaran Kangaq. Jangan marah noooo.
Kalau ikhwah masih ingat kat Ustaz Abdullah al-Qari tempohari, kalau kome tak ingat, aku habaq mai sikit bagi refresh hang pa punya memory. Ustaz Dollah ni salah seorang tokoh 'sunnah (baca : salafi)' i.e. adik - beradik golongan kaum muda. Dia ni banyak terjemah buku-buku golongan yang sewaktu dengannya, pernah dianugerahkan dengan Tokoh Ma`al Hijrah Negeri Kelantan (kalau tak silap akulah) dan merupakan besan Tok Guru Haji 'Abdullah bin 'Abdur Rahman, Lubok Tapah. Aku nak habaq mai kat korang, Ustaz Dollah yang mempunyai pemikiran `salafi' telah menulis dalam bukunya "Kursus Qari` dan Qari`ah" mukasurat 145:- "Malam Jumaat : Kedapatan Rasulullah s.a.w. membacakan surah Yaa Siin, ad-Dukhaan dan al-Kahfi." Aku rujuk hangpa semua kepada Ustaz Dollah Qari ni bukan apa, saja nak habaq bahawa dalam kumpulan so-called 'salafi/sunnah' pun ada perbezaan pendapat mengenai hukum baca Yaasiin malam Jumaat. Jadi buat apa nak perbesarkan isu-isu remeh seperti ini. Apa faedahnya? Biarlah hamba-hamba Allah yang lemah macam aku ni membaca Yaasiin malam Jumaat, sebab nak baca tiap malam tak larat. Membaca Yaasiin itu ibadah yang punya sumber dalam Syara`, maka sekali-kali tidaklah boleh dikatakan sebagai bid`ah, jika nak kata bid`ah maka ianya hanya bid`ah dari segi bahasa sahaja. Sunnah membacanya setiap malam, tapi berapa ramai yang kuat atau berkesempatan nak baca setiap malam ? Jadi ikutlah kaedah "apa yang tak leh nak diamalkan semua, jangan ditinggalkan semua".
Bagi kita pendokong ulama mazhab, kita tidak ragu lagi bahawa para ulama kita memandang elok akan amalan tersebut. Imam kita as-Sayuthi dalam kitabnya "Khushushiyyaat Yawmil Jumu`ah" menulis:-
-
Imam al-Baihaqi dalam kitab "asy-Syu`ab" telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a., katanya:- Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda:- "MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yaasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun)".
-
Al-Ashbihani meriwayatkan dengan lafaz:- "MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU ( Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan baginya).
Maka teruskanlah beramal dengan membaca surah Yaasiin yang terlalu besar pahala dan fadhilatnya. Jadikanlah ia sebahagian wirid kamu, siang dan malam, atau setidak-tidaknya pada hari atau malam Jumaat. Janganlah kalian termakan dengan dakwaan pihak yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan. Peganglah ajaran para ulama kita terdahulu, yang berkat mereka hidayah Islam dapat kita rasai sekarang. Penutup posting aku kali ini biar aku nak nukil wasiat Imam al-Haddad, tapi sebelum tu, kalau aku lambat nak update blog, kome bawak-bawaklah bersabo, bukan apa tugasan aku banyak dan masa hanya ada 24 jam, doakanlah kebaikan yeee.
Syaikh Ahmad bin 'Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar, murid Imam al-Haddad dalam karangannya "Tatsbitul Fuad" yang menghimpun kalam nasihat dan wasiat gurunya itu menyebut bahawa mengenai surah Yaasin, Imam al-Haddad ada berpesan dengan katanya:-
-
Surah Yaasiin dan kalimah La ilaha illa Allah adalah penawar bagi segala sesuatu. Jika engkau payah untuk menghafal (i.e. membaca) surah tersebut dengan lengkap, maka bacalah sehingga ayat ke-9. Yaasiin adalah hati al-Quran, dan bagi orang beriman surah tersebut amat besar ertinya. Bahkan jika ada orang yang sakit, yang terpelosok, yang dipermalukan, yang jatuh, yang tertimpa musibah atau yang mengharapkan kasih sayang, maka kepadanya selalu dikatakan "Hendaklah engkau membaca Yaasiin untuk mendapat lindungan Ilahi." Demikian besar dan pentingnya kedudukan Yaasiin bagi orang beriman, dan mereka sesungguhnya amat memuliakannya, bahkan hal ini berterusan sehinggalah sekarang
Hujjah majlis zikir

Ikhwah, rezeki semuanya daripada pemberian Allah, dah jadi rezeki mike Ukhtina Mardhiah, tergolek bahan untuk aku buat posting pertanyaanmu. Aku cakap pasal gaya-gaya zikir dulu, hak lain tunggu dulu noooo. Ikhwah, yang kumaksudkan dengan gaya di sini ialah perlakuan zahir seseorang tatkala berzikir, yakni biasa kita lihat sewaktu berzikir ada yang mengeleng - gelengkan kepalanya ke kiri ke kanan dan sebagainya. Bagi sebahagian orang yang menerima baiah thoriqat, maka dalam ijazah zikir mereka diajar gaya-gaya tertentu sewaktu melaksanakan zikir tersebut dengan falsafahnya masing-masing. Ada yang mengajar agar tarikan kalimah " Laa" itu bermula dari bawah pusat, kemudian dibawa sehingga ke dahi kemudian diturunkan kalimah " ilaha" ke bahu kiri dan akhirnya dipalu kalimah " Allah" terus masuk ke dalam hati sanubari. Ada yang menarik kalimah " La ilaha" daripada hati sanubari sebagai isyarat mengeluarkan dan menafikan segala aghyar yang ada di dalamnya, kemudian dilontarkan ke belakang melalui bahu kanan, kemudian dikembalikan kalimah " illa" ke bahu kanan dan dipukul kalimah " Allah" ke dalam hati sanubari. Gaya-gaya ini biasanya diajar oleh syaikh yang mursyid kepada anak muridnya sewaktu menerima baiah thoriqat mereka. Bagi yang bukan ahlinya maka mereka memandang sinis perlakuan ini tanpa terlebih dahulu melihat dan mengkaji dalil dan alasan mereka berbuat sedemikian. Oleh itu, kalau nak tahu pergilah bertanya dengan mereka-mereka yang ahlinya, seperti Ustaz Jahid Haji Sidek, Prof. Dr. Harun Din dan sebagainya. Jangan tanya ngan THTL, MAZA, pilot, karang percuma free je kena bid`ah haarrrrraammmmmm. Bagi orang awam yang tidak berthoriqah seperti di atas, mereka juga apabila berzikir, kebiasaannya dan pada umumnya, bergerak-gerak dan tergeleng-geleng kepala mereka. Sebenarnya semua ini punya sebab, alasan dan dalil. Antaranya ialah riwayat daripada Sayyidina Ali r.a. yang mensifatkan perlakuan para sahabat antaranya:-
" fa idza ashbahuu fa dzakarUllah maaduu kamaa yamiidusy syajar fi yawmir riih" yang bermaksud: "para sahabat apabila mereka berpagi-pagi mereka berzikrullah dalam keadaan bergerak (bergoyang) seperti goyangan pokok-pokok pada hari berangin." Perkara ini juga disebut oleh Mufti Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id Linggi dalam kitabnya " Faraa-idul Maatsir al-Marwiyyah lith Thoriqah al-Ahmadiyyah" di mana pada mukasurat 56 sebagai berikut:-
- Al-Hafidz Abu Nu`aim meriwayatkan bahawa as-Sayyid al-Jalil al-Fudhail bin 'Iyyadh berkata:- "Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. apabila berzikir mereka menggerakkan badan condong ke kiri ke kanan seperti pohon kayu yang condong ditiup angin kuat." Inilah di antara cara berzikir untuk keterangan lanjut mengenai cara ini, hendaklah ia menggerakkan tubuh badannya condong ke sebelah kanan memulakan dengan perkataan nafi "La" (daripada ayat tahlil La ilaha illa Allah) di sebelah kanan kerana nafsu yang condong kepada kejahatan ada di sebelah kanan. Kemudian menyebut lafaz "Allah" ketika badannya condong ke sebelah kiri, supaya hati menerima segala cahaya dan rahsia lafaz "Allah".
Ustadz Muhibbul Aman Aly, pengasuh ruangan Istifta, Majalah Dakwah Bulanan terbitan Habib Taufiq as-Segaf dengan nama " Cahaya Nabawiy" dalam edisi 44 Th. IV Sya'ban-Ramadhan 1427H/September - Oktober 2006M telah ditanya mengenai dalil yang menjelaskan tentang cara membaca tahlil yang menoleh ke kanan dan ke kiri. Soalan tersebut dijawab:-
- Sebenarnya tidak ada keharusan (peringatan: "harus" di sini mengikut pengertian bahasa Indonesia yang bererti "wajib atau mesti" dalam bahasa kita, jadi makna "tidak ada keharusan" ertinya "tidak ada kewajipan atau kemestian", fahami betul-betul jangan salah faham karang sosat jalan) menggerak-gerakkan kepada ke kanan dan ke kiri dalam tatacara membaca kalimat tahlil. Akan tetapi jika cara itu dapat menambah kekhusyu'an pembaca dalam menghayati makna kalimat, maka hukumnya sunnah. Sedangkan cara yang umum adalah menoleh ke kanan pada kalimah nafi (la ilaha) dan menoleh ke kiri pada kalimah itsbat (illaAllah). Cara ini berdasarkan riwayat hadits yang artinya:- "Berkata Rasulullah s.a.w. kepada 'Ali kw.: "Dengarkan perkataanku tiga kali, kemudian tirukan tiga kali dan aku mendengarkannya". Lalu Rasulullah s.a.w. mengucapkan 'La ilaha illa Allah' tiga kali dengan menoleh ke kanan pada kalimah nafi dan menoleh ke kiri dalam kalimah itsbat sambil memejamkan matanya. Demikian juga tentang gerakan badan secara spontan yang biasa dijumpai pada saat berdzikir, hukumnya adalah boleh. Karena gerakan itu merupakan reaksi spontan yang wajar ketika perasaan sedang terbawa oleh bacaan dzikir. Lihat: Bariqoh Mahmudiyah juz IV hal. 139 - 140, Mausu`ah Yusufiah hal 175.
Oleh itu, janganlah dibesar-besarkan masalah manusia berzikir dengan gerakan badan dan gelengan kepala. Aku sendiri kalau berzikir dengan duduk diam je samalah macam berjalan tak hayun tangan gamaknye, macam robot. Apa yang lebih patut difikirkan kita dan mereka yang seberang tu ialah anak-anak muda termasuk juga kekadang anak-anak tua, yang tergeleng-geleng, terloncat-loncat kat konsert Jom Heboh yang turut diadakan di Negeri Darus Sunnah yang langsung tidak sunnah. Sebenarnya banyak lagi dalil, cuma aku tak larat nak muatkan di sini. Insya-Allah, ada kesempatan di lain ketika, dua`ukum
Hujjah Yaasin
Ikhwah, aku ada membaca artikel yang ditulis oleh (Dr.) Mohd. Asri Zainal Abidin (MAZA) dengan jodol "Yasin sebagai Qalbul-Quran?" kat website Darul Kautsar yang dikatakan sebagai website geng Maulana Asri al-Kelantani yang mendakwa sebagai ahli hadits. Dalam artikel itu MAZA telah menyatakan bahawa hadis "Inna li kulli syai-in qalban wa qalbul Quraan Yaasin" yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dalam "Jami' at-Tirmidzi" sebagai hadits maudhu/palsu. Jadi MAZA telah menuduh dan mentohmah Imam at-Tirmidzi sebagai meriwayatkan hadits palsu dalam kitab haditsnya yang masyhur itu yang termasuk dalam sunan sittah rujukan utama Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Mengenai Imam at-Tirmidzi dan Jami` atau Sunannya tersebut, tidak ada ulama Sunni yang berselisih untuk menjadikan ianya sebagai salah-satu rujukan utama. Para ulama telah memuji dan meletakkan karangannya itu ke satu tempat yang tinggi di sisi umat. Berhubung hadits-hadits yang terkandung dalam "Jami` at-Tirmidzi" atau dikenali juga sebagai "Sunan at-Tirmidzi" tersebut, Imam asy-Syaukani dalam "Nailul Awthar" menukilkan bahawa Imam at-Tirmidzi telah berkata:- "Aku tidak memasukkan ke dalam kitab ini melainkan hadits yang sekurang-kurangnya telah diamalkan oleh sebahagian fuqaha`".
SubhanAllah, hebat sungguh ilmu MAZA sehingga berani membuat tuduhan sedemikian hanya berpandukan kepada keterangan imam besarnya Nasir al-Albani dalam kitabnya "Silsilatul Ahaditsi al-Maudhu`ah wad Dha`ifah". MAZA telah menukil kalam tok syeikhnya tersebut yang kononnya para penganalisa hadits yang terdiri dari kalangan para ulama hadits telah menyemak sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkannya sebagai hadis palsu. Ini adalah kerana seorang rawinya yang bernama Harun bin Abu Muhammad adalah seorang yang majhul. Begitulah mudahnya bagi al-Albani dan konco-konconya untuk memaudhukan sesuatu hadits atau mendhaifkan sesuatu hadits, bahkan kini ada trend orang yang mengaku dirinya muhaddits zaman ini yang menyamakan dhoif dengan maudhu (iaitu apabila dhoif maka ia maudhu).
Ikhwah, Imam at-Tirmidzi dalam komentarnya untuk hadits tersebut telah berlaku amanah apabila menyatakan bahawa Harun bin Abu Muhammad adalah seorang syaikh majhul. Lihatlah bagaimana amanahnya Imam at-Tirmidzi. Malangnya sikap amanah Imam Muhadditsin ini tidak dicontohi oleh MAZA bila dia tidak menyatakan dalam artikelnya itu bahawa kedudukan hadits ini menurut kajian Imam at-Tirmidzi adalah HASAN GHARIB dan bukannya maudhu/palsu.
MAZA juga tidak memaklumkan bahawa ada beberapa hadits lain yang menyokong matan hadits di atas walaupun sanad-sanad hadits lain ini juga dhoif. MAZA juga tidak jujur dan amanah dalam ilmu apabila tidak menyatakan perbezaan pendapat di kalangan Muhadditsin mengenai kedudukan hadits tersebut. MAZA hanya memenangkan pendapat Albani yang keilmuannya dalam ilmu hadits masih menjadi pertikaian ulama sezaman dan masa kini. Diharap MAZA dapat mengubah sikap fanatik dan taksubnya kepada Albani dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya sehingga sanggup mentohmah Imam at-Tirmidzi sebagai periwayat hadis palsu.
Ikhwah, berbalik kepada hadits yang masyhur sebutan dan maknanya di lidah umat. Ianya diriwayatkan oleh Imam at-Timidzi pada bab "Maa jaa-a fii fadhli Yaasin" dengan rawi-rawinya sebagai berikut:-
-
Qutaibah dan Sufyaan bin Wakii';
-
Humaiid bin Abdur Rahmaan ar-Ruaasi;
-
al-Hasan bin Sholih;
-
Harun bin Abu Muhammad;
-
Muqaatil bin Hayyaan;
-
Qataadah;
-
Sayyidina Anas r.a.;
-
Junjungan Nabi s.a.w. bersabda (matan hadis seperti di atas).
Dalam komentarnya, Imam at-Tirmidzi menyatakan bahwa:- "Hadits ini HASAN GHARIB yang tidak kami ketahui (mengenainya) melainkan daripada hadits (riwayat) Humaaid bin 'Abdur Rahmaan. Dan di Bashrah tidak diketahui ianya daripada hadits riwayat Qataadah melainkan dari wajah ini. Dan Harun Abu Muhammad syaikhun majhulun." Inilah penelitian yang dibuat oleh Imam at-Tirmidzi berhubung hadits di atas.
Imam at-Tirmidzi juga telah membawa satu lagi sanad bagi hadits tersebut melalui jalan Abu Musa Muhammad bin al-Mutsanna daripada Ahmad bin Sa`id al-Darimi daripada Qutaibah daripada Humaiid bin Abdur Rahman dan seterusnya seperti sanad yang pertama tadi. Selain dari itu, Imam at-Tirmidzi juga menyatakan dalam bab ini ada riwayat daripada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. akan tetapi sanadnya tidak shahih bahkan dhoif dan juga telah datang satu riwayat daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a.
Syaikh Abul 'Ula Muhammad 'Abdur Rahman bin 'Abdur Rahiim al-Mubaarakpuuri (1283 - 1353) pengarang kitab "Tuhfatul Ahwazi bi Syarhi Jaami' at-Tirmidzi" membahaskan hadits ini dalam jilid ke-3 dari mukasurat 196 - 198. Bagi pernyataan Imam at-Tirmidzi bahawa hadits ini HASAN GHARIB, Imam al-Mubaarakpuri tidak menyatakan apa-apa komentar atau bantahannya terhadap ketetapan tersebut dan ini bermakna bahawa dia bersetuju dengan ijtihad Imam at-Timidzi berhubung kekuatan hadits tersebut. Bahkan dia juga menyatakan bahawa hadits ini juga dikeluarkan oleh ad-Darimi. Dia juga menyatakan hadits Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. yang dimaksudkan oleh Imam at-Tirmidzi tersebut adalah sebagaimana dikatakan oleh al-Hafidz Ibnu Katsir dalam tafsirnya bahawa hadits as-Siddiq r.a. tersebut telah diriwayatkan oleh al-Hakim at-Tirmidzi dalam kitabnya "Nawaadir al-Ushuul". Perlu diingat bahawa al-Hakim at-Tirmidzi adalah seorang ulama lain dan bukannya Imam at-Tirmidzi. Adapun hadits Sayyidina Abu Hurairah r.a., maka Imam Abu Bakar al-Bazzaar berkata bahawa telah memberitahu 'Abdur Rahman bin al-Fadhl lalu disebutkan segala sanadnya dengan lafaz hadits: - Inna li kulli syai-in qalban, wa qalbul Quran Yaasin" (Bahawasanya bagi setiap sesuatu itu hati, dan hati al-Quran ialah surah Yaasin).
Selain hadits as-Siddiq dan Abu Hurairah tersebut, Imam asy-Syaukani dalam "Nailul Awthaar" menyatakan bahawa Imam Ahmad telah meriwayat hadits berbunyi:- "Yaasin qalbul Quraan, laa yaqra-uha rajulun yuridullah wad daaral akhirata illa ghufira lahu, waqra-u-ha 'ala mautaakum" (Yaasin adalah hati al-Quran, tidak membaca akan dia seseorang yang berkehendakkan (keredhaan) Allah dan negeri Akhirat melainkan diampunkan baginya, dan bacakanlah ia atas orang mati kamu." Untuk pengetahuan ikhwah, "Nailul Awthar" ini adalah syarah bagi "Muntaqal Akhbar" karangan ikutan besar puak Salafi-Wahhabi iaitu Syaikh Ibnu Taimiyyah al-Harrani.
Ikhwah, Fadhilatul Ustadz al-Imam as-Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim dalam "al-Iskaat Barakaatul Quraan 'ala al-ahyaa-i wal amwaat" mukasurat 22 menyatakan bahawa selain diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan ad-Darimi, hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam "Syu`abul Iiman" (2/482) di mana Imam al-Baihaqi menyatakan, antara lain, bahawa hadits ini telah dinaqalkan dengan sanadnya tersebut daripada perkataan Abu Qalaabah yang merupakan salah seorang ulama besar dan pemuka tabi`in (min kibaari at-Tabi`in). Hadits ini juga diriwayatkan dalam "Musnad asy-Syahaab"(2/130), manakala Imam al-Qurthubi menyebutnya dalam Tafsirnya (15/2) dan menisbahkannya kepada Dhahhaaak daripada Sayyidina Ibnu 'Abbas. Imam Abu Zar`ah ar-Razi telah meriwayatkan hadits ini dalam "at-Tadwiin fi Akhbar Qazwiin lil-Rafi`i" (3/243) dan menyebut bahawa al-Khathib menceritakan mengenai hadits ini dalam "Tarikh Baghdaad".
Walaupun begitu, aku tidak menafikan ada berlaku khilaf antara muhadditsin mengenai taraf hadits riwayat Imam at-Tirmidzi tersebut. Memang ada ulama yang mendhoifkan riwayat tersebut, antaranya Imam as-Sayuthi dalam "Jami`us Shoghir". Oleh itu bagiku, serendah-rendah taraf yang sewajarnya diberikan kepada hadits riwayat Imam at-Tirmidzi tersebut adalah dhoif dan bukannya maudhu`. Jikapun dalam sanadnya ada seorang syaikh yang majhul, tetapi ianya tidaklah boleh terus dihukumkan sebagai maudhu`, kerana majhul itu juga ada kategorinya dan mempunyai perbahasan luas dan tersendiri di kalangan muhadditsin.
TINDAKAN MAZA DAN TOK GURUNYA AL-ALBANI MEMAUDHU`KAN HADITS TERSEBUT MEMPUNYAI IMPLIKASI TERSENDIRI DI MANA MEREKA SEOLAH-OLAH MENYATAKAN YANG IMAM AT-TIRMIDZI ADALAH SEORANG YANG TIDAK TELITI DALAM MERIWAYATKAN HADITS KERANA BELIAU TELAH MERIWAYAT HADITS PALSU DALAM JAMI` ATAU SUNANNYA TERSEBUT. Adakah ini mesej yang hendak disampaikan oleh MAZA kepada umat? Jika begitu dimanakah kita harus letakkan kitab rujukan umat Sunni ini ? Adakah setaraf dengan kitab "al-Kafi" puak Syiah yang bercampur-baur dengan hadits-hadits maudhu'? Jika dikatakan bahawa Imam at-Tirmidzi sebagaimana manusia biasa boleh melakukan kesilapan dalam periwayatan dan ijtihadnya, maka apa yang menegah MAZA atau al-Albani untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dalam penelitian mereka? Jika dibandingkan Imam at-Tirmidzi yang muhaddits lagi hafiz dalam bidang hadits, dimanakah kedudukan MAZA dan al-Albani? Kalaulah MAZA berhujjah bahawa dia berpegang kepada ijtihad al-Albani untuk memaudhu`kan hadits tersebut, maka adakah ijtihad al-Albani itu wajib diikuti oleh umat ? Adakah umat ini tidak berhak untuk mengikut ijtihad Imam at-Tirmidzi yang menyatakan darjat hadits tersebut sebagai HASAN GHARIB ? Oleh itu untuk penutup, nasihatku kepada MAZA dan golongan yang sewaktu dengannya ialah HENDAKLAH KAMU BERTAQWA KEPADA ALLAH DAN BERHATI-HATILAH SERTA BERADABLAH APABILA BERBICARA MENGENAI ULAMA TERDAHULU. Allahu `a'laam
Hujjah Tawassul
Memang banyak pemahaman saudara-saudara kita muslimin yang perlu diluruskan tentang tawassul, tawassul adalah berdoa kepada Allah dengan perantara amal shalih, orang shalih, malaikat, atau orang-orang mukmin. Tawassul merupakan hal yang sunnah, dan tak pernah ditentang oleh Rasul saw, tak pula oleh Ijma Sahabat radhiyallahuanhum, tak pula oleh Tabiin, dan bahkan para Ulama dan Imam-Imam besar Muhadditsin, mereka berdoa tanpa perantara atau dengan perantara, dan tak ada yang menentangnya, apalagi mengharamkannya, atau bahkan memusyrikkan orang yang mengamalkannya.
Pengingkaran hanya muncul pada abad ke 19-20 ini, dengan munculnya sekte sesat yang memusyrikkan orang-orang yang bertawassul, padahal Tawassul adalah sunnah Rasul saw, sebagaimana hadits shahih di bawah ini : Wahai Allah, Demi orang-orang yang berdoa kepada Mu, demi orang-orang yang bersemangat menuju (keridhoan)Mu, dan Demi langkah-langkahku ini kepada (keridhoan)Mu, maka aku tak keluar dengan niat berbuat jahat, dan tidak pula berniat membuat kerusuhan, tak pula keluarku ini karena riya atau sumah....... hingga akhir hadits. (HR Imam Ahmad, Imam Ibn Khuzaimah, Imam Abu Naiem, Imam Baihaqy, Imam Thabrani, Imam Ibn Sunni, Imam Ibn Majah dengan sanad Shahih). Hadits ini kemudian hingga kini digunakan oleh seluruh muslimin untuk doa menuju masjid dan doa safar. Tujuh Imam Muhaddits meriwayatkan hadits ini, bahwa Rasul saw berdoa dengan Tawassul kepada orang-orang yang berdoa kepada Allah, lalu kepada orang-orang yang bersemangat kepada keridhoan Allah, dan barulah bertawassul kepada Amal shalih beliau saw (demi langkah2ku ini kepada keridhoanMu).
Siapakah Muhaddits?, Muhaddits adalah seorang ahli hadits yang sudah hafal 10.000 (sepuluh ribu) hadits beserta hukum sanad dan hukum matannya, betapa jenius dan briliannya mereka ini dan betapa Luasnya pemahaman mereka tentang hadist Rasul saw, sedangkan satu hadits pendek, bisa menjadi dua halaman bila disertai hukum sanad dan hukum matannya. Lalu hadits di atas diriwayatkan oleh tujuh Muhaddits, apakah kiranya kita masih memilih pendapat madzhab sesat yang baru muncul di abad ke 20 ini, dengan ucapan orang-orang yang dianggap muhaddits padahal tak satupun dari mereka mencapai kategori Muhaddits, dan kategori ulama atau apalagi Imam Madzhab, mereka bukanlah pencaci, apalagi memusyrikkan orang-orang yang beramal dengan landasan hadits shahih.
Masih banyak hadits lain yang menjadi dalil tawassul adalah sunnah Rasul saw, sebagaimana hadits yang dikeluarkan oleh Abu Nu'aim, Thabrani dan Ibn Hibban dalam shahihnya, bahwa ketika wafatnya Fathimah binti Asad (Bunda dari Sayyidina Ali bin Abi Thalib kw, dalam hadits itu disebutkan Rasul saw rebah/bersandar dikuburnya dan berdoa : Allah Yang Menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Hidup tak akan mati, ampunilah dosa Ibuku Fathimah binti Asad, dan bimbinglah hujjah nya (pertanyaan di kubur), dan luaskanlah atasnya kuburnya, Demi Nabi Mu dan Demi para Nabi sebelum ku, Sungguh Engkau Maha Pengasih dari semua pemilik sifat kasih sayang., jelas sudah dengan hadits ini pula bahwa Rasul saw bertawassul di kubur, kepada para Nabi yang telah wafat, untuk mendoakan Bibi beliau saw (Istri Abu Thalib).
Demikian pula tawassul Sayyidina Umar bin Khattab ra. Beliau berdoa meminta hujan kepada Allah : "Wahai Allah, kami telah bertawassul dengan Nabi kami (saw) dan Engkau beri kami hujan, maka kini kami bertawassul dengan Paman beliau (saw) yang melihat beliau (saw), maka turunkanlah hujan..”. maka hujanpun turun. (Shahih Bukhari hadits no.963 dan hadits yang sama pada Shahih Bukhari hadits no.3508). Umar bin Khattab ra melakukannya, para sahabat tak menentangnya, demikian pula para Imam-Imam besar itu tak satupun mengharamkannya, apalagi mengatakan musyrik bagi yang mengamalkannya, hanyalah pendapat sekte sesat ini yang memusyrikkan orang yang bertawassul, padahal Rasul saw sendiri bertawassul. Apakah mereka memusyrikkan Rasul saw ? Dan Sayyidina Umar bin Khattab ra bertawassul, apakah mereka memusyrikkan Umar ?, Naudzubillah dari pemahaman sesat ini.
Mengenai pendapat sebagian dari mereka yang mengatakan bahwa tawassul hanya boleh pada orang yang masih hidup, maka entah dari mana pula mereka mengarang persyaratan tawassul itu, dan mereka mengatakan bahwa orang yang sudah mati tak akan dapat memberi manfaat lagi, pendapat yang jelas-jelas datang dari pemahaman yang sangat dangkal, dan pemikiran yang sangat buta terhadap kesucian tauhid.
Jelas dan tanpa syak bahwa tak ada satu makhlukpun dapat memberi manfaat dan mudharrat terkecuali dengan izin Allah, lalu mereka mengatakan bahwa makhluk hidup bisa memberi manfaat, dan yang mati mustahil. Lalu di mana kesucian tauhid dalam keimanan mereka ? Tak ada perbedaan dari yang hidup dan yang mati dalam memberi manfaat kecuali dengan izin Allah, yang hidup tak akan mampu berbuat terkecuali dengan izin Allah, dan yang mati pun bukan mustahil memberi manfaat bila dikehendaki Allah. karena penafian kekuasaan Allah atas orang yang mati adalah kekufuran yang jelas.
Ketahuilah bahwa tawassul bukanlah meminta kekuatan orang mati atau yang hidup, tetapi berperantara kepada keshalihan seseorang, atau kedekatan derajatnya kepada Allah swt, sesekali bukanlah manfaat dari manusia, tetapi dari Allah, yang telah memilih orang tersebut hingga ia menjadi shalih, hidup atau mati tak membedakan Kudrat Ilahi atau membatasi kemampuan Allah, karena ketakwaan mereka dan kedekatan mereka kepada Allah tetap abadi walau mereka telah wafat.
Contoh lebih mudah, anda ingin melamar pekerjaan, atau mengemis, lalu anda mendatangi seorang saudagar kaya, dan kebetulan mendiang tetangga anda yang telah wafat adalah abdi setianya yang selalu dipuji oleh si saudagar, lalu anda saat melamar pekerjaan atau mungkin mengemis pada saudagar itu, anda berkata : "Berilah saya tuan (atau) terimalah lamaran saya tuan, saya mohon, saya adalah tetangga dekat fulan, nah bukankah ini mengambil manfaat dari orang yang telah mati? Bagaimana dengan pandangan bodoh yang mengatakan orang mati tak bisa memberi manfaat? Jelas-jelas saudagar akan sangat menghormati atau menerima lamaran pekerjaan anda, atau memberi anda uang lebih, karena anda menyebut nama orang yang ia cintai, walau sudah wafat, tapi kecintaan si saudagar akan terus selama saudagar itu masih hidup, pun seandainya ia tak memberi, namun harapan untuk dikabulkan akan lebih besar, lalu bagaimana dengan ar-Rahmaan ar-Rahiim, Yang Maha Pemurah dan Maha Menyantuni? Dan tetangga anda yang telah wafat tak bangkit dari kubur dan tak tahu menahu tentang lamaran anda pada si saudagar, NAMUN ANDA MENDAPAT MANFAAT BESAR DARI ORANG YANG TELAH WAFAT.
Aduh...aduh... entah apa yang membuat pemikiran mereka sempit hingga tak mampu mengambil permisalan mudah seperti ini. Firman Allah : "MEREKA ITU TULI, BISU DAN BUTA DAN TAK MAU KEMBALI PADA KEBENARAN" (QS Albaqarah-18). Wahai Allah beri hidayah pada kaumku, sungguh mereka tak mengetahui.Wassalam.
Hujjah maulid Habib Nuh
 Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin 'Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid Junjungan Nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun berpulang ke rahmatUllah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Nabi s.a.w.: "Ya RasulAllah, marilah kita ziarah rumah kawan saya Muhammad Suhaimi." Tetapi Junjungan Nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: "Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya." Habib Nuh merayu kepada Baginda Nabi s.a.w.: "Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni." Setelah itu baharulah Junjungan Nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, hatta dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.
Ini cerita mimpi, percaya atau tidak terpulanglah, kuceritakan kisah ini sebagai pengenalan kepada ketinggian maqam seorang waliyUllah yang bermakam di Singapura. Beliau yang kumaksudkan dan kuharapkan keberkatannya bagi diriku dan ahli keluargaku serta sekalian muslimin adalah Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi yang hidup sekitar tahun 1788M - 1866M. Makam beliau terletak di Palmer Road, Tanjong Pagar, Singapura. Keistimewaan Habib Nuh al-Habsyi makin tersohor apabila kerajaan Singapura sewaktu pembinaan lebuh raya cuba untuk memindahkan makam beliau tetapi gagal. Akhirnya, makam beliau dibiarkan dan sehingga kini terus di bawah penjagaan Majlis Ugama Islam Singapura. Habib Nuh al-Habsyi meninggalkan dunia yang fana ini pada hari Jumaat, 14 Rabi`ul Awwal 1283H. Sebelum meninggal, beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang ganjil kerana tempat yang ditunjukkannya itu adalah terpencil daripada perkuburan orang Islam dan berada di tepi laut yang terdedah kepada pukulan ombak dan hakisan laut. Maka ahli keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya dimakamkan sahaja di tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan jenazah dan ketika hendak dibawa ke tanah perkuburan biasa, jenazah beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang hendak membawanya. Diceritakan puluhan orang cuba untuk mengangkat jenazah tersebut, semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi sahaja wasiat Habib Nuh berhubung tempat pengkebumiannya. Maka apabila jenazahnya hendak dibawa ke tempat menurut wasiatnya tersebut, maka orang-orang yang membawanya merasa jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka mengusungnya. Tahun 1962, kerajaan Singapura telah menambak dan menebus guna laut sekitar makam Habib Nuh, dan sekarang makam tersebut berada di tengah daratan dan bukan lagi tepi laut. Makam beliau tetap terpelihara sehingga sekarang dan menjadi tempat ziarah bagi mereka-mereka yang mencari keberkahan seorang sholih lagi wali. Karamah Habib Nuh al-Habsyi zahir sewaktu hayatnya lagi. Diceritakan bahawa pernah beliau dipenjarakan oleh penjajah orang putih. Anehnya, Habib Nuh boleh berada di luar penjara pada bila-bila masa sahaja yang dia kehendaki, walaupun dalam penjara kaki dan tangannya dirantai. Walaupun ditangkap semula, beliau tetap dapat keluar dari penjara, sehingga penjajah tidak betah lagi untuk memenjarakan beliau kerana penjara tidak lagi mempunyai apa-apa arti buat beliau. Diceritakan lagi bahawa pada satu ketika ada seorang saudagar yang sedang dalam pelayaran ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Alhamdulillah, dia dan dagangannya diselamatkan Allah dari keganasan ribut tersebut. Setibanya di Singapura, dia hairan kerana Habib Nuh telah sedia menunggu kedatangannya di pelabuhan dan memintanya melaksanakan nazar yang telah dibuatnya di tengah laut itu. Diceritakan lagi bahawa seorang yang hendak belayar membawa dagangan yang mahal mengikut sebuah kapal telah menghadap Habib Nuh memohon doa agar pelayarannya selamat. Habib Nuh dengan keras melarang dia membawa dagangannya tersebut. Memandangkan ketegasan Habib Nuh tersebut, maka saudagar tersebut tidaklah jadi membawa dagangannya dengan kapal tersebut. Tidak berapa lama selepas kapal tersebut berlepas, penduduk Singapura dimaklumkan bahawa kapal tersebut telah terbakar dan tenggelam. Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang sholeh yang taat kepada ajaran Islam. Apa yang kita citakan ialah agar dapat mencontohi jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan para leluhurnya sambung-menyambung sehingga ke hadhrat Junjungan Nabi s.a.w. Mahabbah kepada para sholihin adalah dituntut dan ingat seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya. Sesungguhnya istiqamah atas agama itu lebih baik daripada 1000 kekeramatan mencarik adat. Karamah maknawi itu lebih bermakna dari karamah hissi. Mudah-mudahan keberkatan Habib Nuh al-Habsyi mengalir terus kepada kita dan anak keturunan kita, keberkatan yang dengan sebabnya diharap Allah memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNya. Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada wali Allah Kota Singa ini.....al-Fatihah.
Wajah Habib 'Arifin bin Muhammad al-Habsyi, saudara kandung Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi. Habib 'Arifin telah kembali ke rahmatUllah dalam tahun 1904M dan dimakamkan di Burma Road, Pulau Pinang.....al-Fatihah.
|
About Me
Links
Categories
Recent Entries
Hujjah menerima dari orang yg telah wafat Hujjah pro Ibn Arabi Hujjah Yasin malam jumaat Hujjah majlis zikir Hujjah Yaasin Hujjah Tawassul Hujjah maulid Habib Nuh
Friends
|